Chatbot AI dari Wasapbot menggunakan integration dengan OpenAI.
Rujuk video ini untuk register account OPENAI dan dapatkan key anda.
Penting!
Atas sebab-sebab tertentu, OPENAI mewajibkan anda untuk link card anda dan topup account minimum 5USD untuk gunakan fungsi mereka.
Mereka juga tidak menerima card jenis topup seperti card TouchNGO atau Wise.
Anda perlu gunakan card credit atau card debit.
Jika masih tidak berjaya, sila hubungi bank anda untuk semakan. Minta pihak bank anda benarkan OPENAI untuk tolak duit dari account anda.
Jika anda masih lagi sangkut dan tidak berjaya untuk dapatkan API KEY, sila hubungi support untuk bantuan. Kami akan cuba bantu anda.
Frequently Ask Question
Kos mahal ke?
Kos ini tidak mahal. Bergantung kepada jumlah mesej yang anda terima. Lebih banyak mesej masuk, lebih banyak kita akan gunakan token OPENAI.
Tetapi berdasarkan feedback client kami yang terima 50 leads baru setiap hari, kos mingguan mereka baru RM5 sahaja.
Sebulan lebih kurang RM20. Tetapi ROAS naik 2x ganda! Lebih banyak profit sebab Chatbot AI tengah malam pun boleh reply. Closing rate meningkat.
Saya kene topup selalu ke?
Anda digalakkan untuk activekan fungsi Auto Recharge didalam account OPENAI anda.
TETAPI, hanya enable fungsi ini selepas anda siap training chatbot dan sedia untuk digunakan.
Saya dah langgan ChatGPT Plus, sama ke dengan API ni?
Berbeza.
Dibawah OPENAI, mereka ada dua produk utama iaitu CHATGPT dan GPT API
CHATGPT - Chatbot AI yang anda gunakan di chat.openai.com. Hanya limited didalam web ini sahaja. Kos langganan 20usd sebulan, unlimited.
GPT API - AI yang anda boleh integratekan dengan sistem luar seperti Wasapbot MY. Kos adalah Pay Per Use. Kredit anda tidak akan ditolak selagi anda tidak gunakan API.