Cara Un-Banned Nombor Anda di WhatsApp

Cara untuk appeal dengan Whatsapp

Bila nombor WhatsApp anda kena ban, ia memang situasi yang tak menyenangkan, lebih-lebih lagi kalau nombor tu digunakan untuk urusan bisnes. Tapi, kalau ini adalah kali pertama nombor anda kena ban, ia masih boleh di-unblock.


Apa yang Perlu Dilakukan Jika Kena Ban?

Soft Ban:
Kalau ini soft ban, cara paling mudah ialah tunggu sehingga WhatsApp secara automatik remove sekatan tersebut.

Permanent Ban:
Kalau kena permanent ban, pilihan agak terhad. Anda perlu:

  1. Hubungi WhatsApp Support

  2. Tulis rayuan kepada WhatsApp, nyatakan bahawa anda tak melanggar polisi mereka dan sekatan ini mungkin satu kesilapan. Biasanya, WhatsApp akan beri peluang pertama, tapi tak akan beri peluang kedua. Jadi, pastikan anda ikut semua garis panduan untuk elak kes ini berlaku lagi.


Cara Appeal untuk Unblock Nombor WhatsApp

Melalui Phone

  1. Buka app WhatsApp menggunakan akaun yang kena ban.

  2. Tekan butang Review Request.

  3. Tulis mesej Appeal seperti contoh di bawah dengan lengkapkan butiran anda.

  4. Tekan Hantar dan tunggu jawapan dari WhatsApp (biasanya dalam masa 24 jam).

Melalui Borang di Website

  1. Pergi ke pautan: https://www.whatsapp.com/contact/?subject=messenger

  2. Masukkan nombor telefon anda, pilih kod negara.

  3. Isi alamat emel anda.

  4. Pilih "WhatsApp for computers".

  5. Tulis tajuk mesej seperti ini:

    • "Please unblock the number +60123456789"

  6. Tulis mesej rayuan seperti contoh di bawah, lengkapkan butiran anda, dan tekan Hantar.

  7. Tunggu balasan dari WhatsApp.


Contoh Mesej Rayuan

Hello,My number +60123456789 has been blocked. I don't understand what caused this issue. I use this number in my company to communicate with customers. Please unblock the number.Thank you!

Dengan langkah-langkah ini, anda boleh cuba untuk unblock nombor anda dan teruskan operasi seperti biasa. Pastikan anda sentiasa patuhi syarat penggunaan WhatsApp untuk elak masalah di masa hadapan!

Did this answer your question?
😞
😐
😁