---
title: "Cara Un-Banned Nombor Anda di WhatsApp"
description: "Cara untuk appeal dengan Whatsapp"
url: https://guide.wasapbot.my/en/articles/48-cara-un-banned-nombor-anda-di-whatsapp
collection: "Panduan Kurangkan Risiko Dibanned & Recovery Nombor"
updated: 2026-08-30
language: en
---

# Cara Un-Banned Nombor Anda di WhatsApp

Cara untuk appeal dengan Whatsapp

Bila nombor WhatsApp anda kena ban, ia memang situasi yang tak menyenangkan, lebih-lebih lagi kalau nombor tu digunakan untuk urusan bisnes. Tapi, kalau ini adalah kali pertama nombor anda kena ban, ia masih boleh di-unblock.

* * *

## **Apa yang Perlu Dilakukan Jika Kena Ban?**

**Soft Ban:**  
Kalau ini soft ban, cara paling mudah ialah tunggu sehingga WhatsApp secara automatik remove sekatan tersebut.

**Permanent Ban:**  
Kalau kena permanent ban, pilihan agak terhad. Anda perlu:

1.  **Hubungi WhatsApp Support**
    
2.  **Tulis rayuan** kepada WhatsApp, nyatakan bahawa anda tak melanggar polisi mereka dan sekatan ini mungkin satu kesilapan. Biasanya, WhatsApp akan beri peluang pertama, tapi **tak akan beri peluang kedua**. Jadi, pastikan anda ikut semua garis panduan untuk elak kes ini berlaku lagi.
    

* * *

## **Cara Appeal untuk Unblock Nombor WhatsApp**

**Melalui Phone**

1.  **Buka app WhatsApp** menggunakan akaun yang kena ban.
    
2.  Tekan butang **Review Request**.
    
3.  **Tulis mesej Appeal** seperti contoh di bawah dengan lengkapkan butiran anda.
    
4.  Tekan **Hantar** dan tunggu jawapan dari WhatsApp (biasanya dalam masa 24 jam).
    

**Melalui Borang di Website**

1.  Pergi ke pautan: [**https://www.whatsapp.com/contact/?subject=messenger**](https://www.whatsapp.com/contact/?subject=messenger)
    
2.  Masukkan nombor telefon anda, pilih kod negara.
    
3.  Isi alamat emel anda.
    
4.  Pilih "WhatsApp for computers".
    
5.  Tulis tajuk mesej seperti ini:
    
    -   _"Please unblock the number +60123456789"_
        
6.  Tulis mesej rayuan seperti contoh di bawah, lengkapkan butiran anda, dan tekan **Hantar**.
    
7.  Tunggu balasan dari WhatsApp.
    

* * *

### **Contoh Mesej Rayuan**

```
Dear WhatsApp Support,
As a new user, I was messaging some friends when I got banned. I might have misunderstood the guidelines. I am keen to use WhatsApp responsibly and assure you this will not recur. I kindly request you to unban my account.
Sincerely,
```

* * *

Dengan langkah-langkah ini, anda boleh cuba untuk unblock nombor anda dan teruskan operasi seperti biasa. Pastikan anda sentiasa patuhi syarat penggunaan WhatsApp untuk elak masalah di masa hadapan!
