Panduan AI Temperature untuk Chatbot
Low Temperature (0 - 0.3):
Jawapan tepat, jelas, dan konsisten.
Sesuai untuk soalan fakta atau informasi penting.
High Temperature (0.5 - 0.7):
Jawapan lebih kreatif dan fleksibel
Sesuai untuk chatbot yang lebih kreatif.
Contoh untuk Chatbot Customer Service (CS)
Low Temperature (0.2):
Soalan Pelanggan: "Apa status penghantaran saya?"
Jawapan Chatbot:
"Pesanan anda telah dihantar pada 5 Disember. Sila semak tracking ID di email anda."Setting Sesuai: 0.2-0.3 (tepat dan ringkas).
High Temperature (0.8):
Soalan Pelanggan: "Apa status penghantaran saya?"
Jawapan Chatbot:
"Hi! Pesanan anda dah dihantar pada 5 Disember. Anda boleh semak tracking ID di email untuk lokasi terkini. Kalau ada apa-apa masalah, beritahu kami ya!"Setting Sesuai: 0.6-0.7 (mesra dan engaging).
Contoh untuk Chatbot Sales
Low Temperature (0.3):
Soalan Pelanggan: "Berapa harga pakej premium?"
Jawapan Chatbot:
"Harga pakej premium ialah RM199 sebulan. Ia termasuk 3 ciri utama seperti integrasi WhatsApp, laporan harian, dan support 24/7."Setting Sesuai: 0.2-0.3 (fokus kepada maklumat penting).
High Temperature (0.9):
Soalan Pelanggan: "Berapa harga pakej premium?"
Jawapan Chatbot:
"Pakej premium hanya RM199 sebulan! Anda akan dapat integrasi WhatsApp yang power, laporan lengkap setiap hari, dan support 24/7 untuk bantu bisnes anda lebih maju. Best, kan?"Setting Sesuai: 0.7-0.8 (lebih persuasive dan menarik).
Cadangan Setting Mengikut Jenis Chatbot:
Customer Service (CS):
Fokus kepada jawapan tepat dan jelas.
Setting: 0.2-0.3
Sales Chatbot:
Untuk engage pelanggan dan beri cadangan menarik.
Setting: 0.6-0.8
Tip:
Low temperature untuk jawapan yang penting dan perlu konsisten.
High temperature untuk jawapan yang kreatif, sesuai untuk menarik minat pelanggan dalam jualan atau promosi.
Sila pastikan anda test dahulu chatbot untuk dapatkan output yang terbaik untuk kegunaan anda. Kualiti AI Behaviour juga memainkan peranan.