---
title: "AI Context Length"
description: "Memori AI"
url: https://guide.wasapbot.my/en/articles/50-ai-context-length
collection: "Chatbot AI Setting"
updated: 2025-08-30
language: en
---

# AI Context Length

Memori AI

## **Apa Itu AI Context Length?**

AI context length ialah setting yang menentukan berapa **jumlah mesej terakhir** yang Chatbot AI anda akan ingat.

Dengan kata lain, ini adalah **sejarah perbualan** yang disertakan untuk membantu AI memahami konteks semasa memberi jawapan.

![](https://staticfiles.gleap.io/ghelparticle/FIviIfbWoCjyHv842p4INjPsND0prlL5hmRddF5DIOiCREbONRE0DfcK0rnDRG4M4Gn7lvVajNB.png)

* * *

## **Contoh Dalam Chatbot (10 Context Length)**

1.  **Chatbot:** "Hi! Boleh saya tahu nama anda?"
    
2.  **Pelanggan:** "Nama saya Ali."
    
3.  **Chatbot:** "Hai Ali! Apa yang boleh saya bantu hari ini?"
    
4.  **Pelanggan:** "Apa promosi bulan ni?"
    
5.  **Chatbot:** "Kami ada diskaun 20% untuk semua produk premium."
    
6.  **Pelanggan:** "Berapa lama promosi ni berlangsung?"
    
7.  **Chatbot:** "Promosi ini sah sehingga 31 Disember."
    
8.  **Pelanggan:** "Boleh guna kod kupon ke?"
    
9.  **Chatbot:** "Ya, masukkan kod DISKAUN20 masa checkout."
    
10.  **Pelanggan:** "Terima kasih! Saya akan cuba."
     
11.  **Chatbot:** "Sama-sama, Ali! Kalau ada apa-apa lagi yang Ali perlukan, jangan segan-segan untuk tanya, ya!"
     

**Result** : Perhatikan AI berjaya ingat nama customer adalah ALI pada mesej ke 11.

* * *

## **Cadangan Setting Context Length:**

-   **Context Length:** **20-40 mesej**
    
-   **Kenapa:** Fokus kepada soalan semasa tanpa perlu proses banyak mesej.
    

* * *

## **Tip Penting:**

-   Context length **meningkatkan kualiti jawapan** tetapi juga **menggunakan lebih banyak token**.
    
-   Study conversation dengan customer anda yang lepas dan dapatkan average berapa jumlah conversation.
    
-   Untuk chatbot yang fokus kepada soalan spesifik dan straight to the point, **context pendek** biasanya sudah memadai.
    
-   Untuk chatbot jualan biasanya perlu lebih **panjang**, sebab kita nak ingat **problem** dan order **history** customer.
