company logo

Help center

Go to Wasapbot V3
HomepageDashboardRoadmapGuides
All collectionsChatbotTutorial Chatbot AI ActionCara Setup Auto Follow Up by AI

Cara Setup Auto Follow Up by AI

Tutorial cara untuk setup Auto Follow Up dengan bantuan AI

Untuk gunakan fungsi ini, ada beberapa syarat penting yang anda perlu buat terlebih dahulu.

  1. Pastikan Device anda telah connected di Account Manager.

  2. Pastikan anda telah masukkan API OPENAI di Chatbot Setting.

  3. Pastikan anda telah setup dan aktifkan satu chatbot AI di dalam Rules.

Auto Follow Up tidak akan berfungsi jika ketiga-tiga item diatas tiada.

CARA ENABLE AUTO FOLLOW UP

➡Klik Chatbot
➡Pilih Device Anda
➡AI Action
➡Auto Follow AI

success icon
Set status kepada ENABLE

PILIH JENIS FOLLOW UP YANG ANDA PERLUKAN

  • TEXT : Gunakan text yang anda tetapkan untuk Follow Up.

  • AI : AI bantu buatkan ayat follow up untuk anda.


FOLLOW UP (TEXT)

Jika anda aktifkan TEXT, anda perlu masukkan ayat follow up dan delay masa seperti gambar dibawah. Ayat follow up ini akan dihantar kepada semua customer yang tidak respond mesej anda.

success icon
Anda boleh set sehingga 3 kali follow up maximum mengikut delay masa yang anda tetapkan.

Oleh sebab mesej ini akan dihantar kepada semua, tanpa mengira apa conversation yang sedang berlaku sebelum ini. Pastikan ayat follow up yang digunakan adalah ayat follow up yang lebih general seperti:

  • Cik masih berminat?

  • Cik nak order sekarang?

  • Cik ada apa apa soalan?


FOLLOW UP (AI)

Fungsi Follow Up dengan AI ini lebih dynamic dan lebih powerfull! Sangat rekomended untuk guna AI berbanding TEXT.

Disebabkan AI boleh baca semua conversation Customer anda dengan Chatbot AI, AI boleh bantu buatkan ayat follow up yang lebih tepat dan sesuai dengan stage customer. Bukan semua customer akan dapat ayat yang sama!

success icon
AI dapat akses Conversation History, Ai Behavior dan Training Data anda

Sebagai contoh, anda boleh arahkan AI untuk buat follow up seperti ini:

  1. Remind dah payment ke belum kepada Customer yang dah berikan detail untuk buat pembelian.

  2. Tanya “Cik dah decide pakej yang cik nak?” untuk customer yang dah tahu harga pakej tetapi belum buat pembelian.

Jom kita belajar cara setup auto follow up dengan menggunakan AI.

success icon
Anda boleh buat 5 topik. Setiap topik boleh buat 3x sequence follow up.

TOPIC : Strategi Follow Up mengikut status customer

Anda boleh buat sehingga 5 strategi follow up yang berbeza untuk tahap customer yang berbeza seperti contoh didalam gambar diatas. AI akan decide topik yang paling sesuai berdasarkan nama topik yang anda masukkan diatas. Pastikan anda explain nama topic anda dengan jelas.

Peringatan Penting!
Pastikan topic yang anda set tidak terlalu sama antara yang lain. Ini akan menyebabkan AI boleh confuse nak decide topik yang mana.

Contoh topik yang tidak bagus:

  1. Customer berminat.

  2. Customer tak respond.

  3. Customer nak beli.

Ketiga-tiga arahan diatas terlalu umum dan AI mungkin tidak dapat decide topic dengan tepat.

PROMPT : Arahan yang anda nak AI ikut semasa buat ayat follow up.

Anda perlu masukkan arahan atau contoh ayat yang nak AI ikut semasa AI buat ayat follow up untuk anda. Seperti mana didalam AI behavior, anda boleh masukkan arahan yang general atau pun lebih specific.

Contoh TOPIK dan PROMPT yang anda boleh gunakan:

  1. TOPIK : Cust tak response

    • Topik ini lebih general dan sesuai untuk handle semua situasi.

    • PROMPT : Berdasarkan closing flow didalam AI Behavior, sila follow up customer dan cuba bawa customer ke stage seterusnya. Pilih dan gunakan ayat yang sesuai seperti dibawah. (Listkan ayat follow up yang berbeza mengikut stage).

  2. TOPIK : Cust dah berikan details tetapi belum buat pembayaran.

    • Topik ini khas untuk follow up customer yang dah LOCK nak beli atau setuju nak book servis anda tetapi belum bagi payment atau confirmation.

    • PROMPT : Follow up customer untuk buat bayaran segera dengan menggunakan salah satu ayat dibawah yang sesuai (List kan ayat yang anda biasa guna dibawah)

AI akan buatkan ayat follow up berdasarkan arahan ini beserta info yang AI tahu berkenaan bisnes anda dan conversation anda bersama customer (Conversation History, Training Data & AI Behavior). Best kan!

DELAY

Ini adalah delay masa yang anda nak AI mula follow up.

SUMMARY : Ini perkara penting yang anda perlu tahu berkenaan follow up dengan AI.

  1. Ai akan pilih TOPIC Yang sesuai berdasarkan conversation anda dengan customer.

  2. Ai akan buat ayat follow up berdasarkan ARAHAN yang anda masukkan di setting follow up.

  3. Ai juga boleh baca Conversation History, Ai Behavior dan juga Ai Training anda.

success icon
TIPS TAMBAHAN! Anda boleh buat arahan supaya AI bawa customer ke step seterusnya berdasarkan AI Behavior anda

CONDITIONS

Follow Up adalah satu features yang agak sensitif. Kita tidak mahu follow up customer yang salah seperti customer yang sedang marah atau customer yang dah buat pembelian. Kita juga tidak mahu follow up diwaktu malam semasa customer tidak ready untuk membeli.

Kami ada sediakan 4 jenis Conditions yang boleh bantu anda tapis dan kurangkan risiko tersalah follow up customer yang salah pada waktu yang salah.

Jenis conditions:

  • Schedule - Follow up hanya akan berjalan diwaktu yang ditetapkan. Follow up diluar waktu ini akan delay sehingga waktu aktif yang seterusnya. Eg: Follow up waktu tengah malan akan dihantar pada pukul 9 pagi.

  • Contact Group & Label - Include atau Exclude number yang ada didalam contact group / label.

  • Additional Conditions - Set condition yang anda tidak mahu AI untuk follow up. Explain dalam bahasa mudah seperti “Customer dah buat pembayaran” atau “Customer dalam emosi marah”.

Did this answer your question?
😞
😐
😁